Saturday, May 26, 2012

PROGRAM MESRA JIRAN : TAZKIRAH DAN TAHLIL ARWAH

Program Mesra Rakyat, Taqarrub dan Tahlil Arwah telah diadakan pada 13 April 2012 jam 9.00 malam. KRT menjemput YBhg. Ustaz Mohd Najib untuk menyampaikan tazkirah pada malam tersebut.







Ketua Jiran Wanita KRT juga telah menyampaikan sumbangan kepada Puan Noorleila Abu Bakar, isteri Allahyarham En. Mohamed Ibrahim, AJK KRT yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. Segala sumbangan bakti Allahyarham amat dihargai.

Tuesday, November 22, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA KRT PUNCAK 2011- 25HB NOVEMBER 2011 JAM 8.30 MLM

ALHAMDULILLAH...... SETELAH SEBULAN BERPUASA KINI TIBALAH HARI RAYA.  APABILA HARI RAYA PASTINYA 'OPEN HOUSE' TERMETRI DIKEPALA. BUKAN HANYA SABAN MINGGU MALAH SABAN HARI ADA SAHAJA JEMPUTAN TANPA MENGIRA WAKTU BAIK PAGI, TENGAHARI, PETANG MAHU PUN MALAM.....ADUH!!!! KENYANG........ ITULAH KURNIAAN ILAHI AMAT BERSYUKUR DENGAN LIMPAHAN REZEKI BEGITU JUGALAH BERKAT PERPADUAN DIJAGA MAKA TERCIPTALAH KEAMANAN.....

RENTETAN DARI SIKAP YANG SUKA AKAN PERPADUAN DAN KEAMANAN,  PADA 25HB NOVEMBER 2011 JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN PUNCAK TAMAN SERI GOMBAK FASA 8,  RUKUN TETANGGA PUNCAK TAMAN SERI GOMBAK TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN 'RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2011 PUNCAK'. MERIAH!!! SUNGGUH MERIAH...., RAMAI!!! MEMANG RAMAI...... SAMBUTAN DILUAR DUGAAN TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA TELAH MEMBERKATI KAMI.


ATAS SEMANGAT PERPADUAN RAMAI YANG MEMBAWA MAKANAN SENDIRI PADA MAJLIS TERSEBUT UNTUK DIKONGSI DAN DINIKMATI BERSAMA.   ANTARA MAKAN YANG DIHIDANGKAN IALAH SATAY, NASI IMPIT KUAH KACANG, LONTONG, RENDANG, MEE KARI, ROTI JALA, LEMANG, KETUPAT DAN BERBAGAI JENIS KUIH MUIH TAK LUPA JUGA MENU TETAP DAN ISTIMEWA KAMI IAITU 'UBI REBUS' DAN 'SAMBAL TUMIS IKAN BILIS'.



MAJLIS TURUT JUGA DIHADIRI OLEH PEGAWAI PERPADUAN DAERAH GOMBAK, YBHG. TUAN HAJI RAHIM KAMARUDDIN, YBHG. DATO' SAID ANUAR SAID AHMAD, YBHG. DATO' MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMAR DIN, YBHG. DATIN SHARIFAH SALMAH SYED AGIL, YBHG. PUAN ROZAZITA DAUD, PENGERUSI PENGERUSI KRT, JEMAAH MASJID, SURAU DAN PENDUDUK SEKITAR TAMAN SERI GOMBAK.  SEMOGA AMALAN MURNI INI AKAN TERUS DILAKSANAKAN DEMI MENGERATKAN LAGI PERPADUAN DAN MEMASTIKAN KEAMANAN TERUS BERKEKALAN.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI.......


Monday, January 31, 2011

BOWLING JIRAN WANITA KJ8

Wangsa Walk Bowling Centre
Wangsa Maju Kuala Lumpur
16 Januari 2011
9.00 pagi - 2 petang

Jiran Wanita Puncak Taman Seri Gombak telah menyertai Pertandingan Bowling yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Sunway Batu Caves.  Seramai 8 orang pemain wanita telah dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut diantaranya Puan Noraliza Alias, selaku Ketua Pasukan, Puan Rashidah Saud, Puan Rosnah Talib, Puan Mastura Bidin, Puan Rozita Alwi, Puan Zahara Hamid, Puan Hazilah Harun dan Puan Haminiza Ahmad. 
Wakil Bowling Wanita
KRT Puncak

Sebanyak 20 kumpulan telah bertanding pada hari tersebut. Walau tanpa latihan khusus tetapi berkat kerjasama, team work dan semangat kesukanan yang ditunjukan,  Jiran Wanita Puncak telah berjaya merangkul tempat ke 8 didalam kejohanan tersebut.  Kalah tapi berbaloi!!! ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh Jiran Wanita, apa pun kami amat berpuas hati. Mungkin kami akan menang jika ada latihan pada masa akan datang. 

Pengerusi dan Tim. Pengerusi KRT
Encik Mohamad Mustafa Latif dan Encik Zulkifli Saad
turut bersama memberikan sokongan.

Terima kasih juga diucapakan kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT, Encik Mohamad Mustafa Latif dan Encik Zulkifli Saad kerana dapat meluangkan masa bersama-sama memberikan sokongan kepada kami pada hari tersebut.  Inshallah berkat kerjasama dan sokongan tuan kami akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengekalkan perpaduan dan membantu melaksanakan pogram-program KRT. 

Pengerusi dan Tim. Pengerusi
Jiran Wanita Puncak
ERATKANLAH PERPADUAN MELALUI AKTIVITI SUKAN

SUKANEKA 1 MALAYSIA

  Ahad 9hb Januari 2011
  8.00 pagi - 2 petang
 Dewan Puncak Taman Seri Gombak Fasa 8,
   Taman Seri Gombak Bt. Caves


Senaman Pagi
 Sebagai aktiviti pembukaan diawal tahun 2011,  Rukun Tetangga Puncak Taman Seri Gombak telah mengadakan SUKANEKA 1 MALAYSIA yang dijayakan dengan penuh meriahnya oleh penduduk setempat  dengan bersama-sama turut menyertai pelbagai aktiviti yang dimulai dengan senaman pagi. Jurulatih daripada Kementerian Belia dan Sukan telah dijemput untuk mengetuai senaman pada pagi itu.
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Pejabat Kesihatan Gombak turut mengambil bahagian didalam program ini dengan mengadakan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma. Pemeriksaan yang disediakan termasuklah Tekanan Darah Tinggi, Kencing Manis dan BML. 
Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
Encik Mangendran Muniandy
bersama Jaafar Onn
Selain daripada penduduk setempat program ini dihadiri juga oleh Pengerusi-Pengerusi Rukun Tetangga yang lain seperti Rukun Tetangga Kg. Tengah Lembah dan Rukun Tetangga Seri Gombak A.  Program yang dirasmikan oleh Encik Magendran Muniandy, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Gombak ini lebih meriah lagi dengan kehadiran artis dan chef terkenal Jaafar Onn. Pada program tersebut kedua-dua tetamu juga berbesar hati menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
Encik Magendran Muniandy,
Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
menyampaikan hadiah kepada peserta OKU
Program yang julung kali melibatkan golongan OKU ini mendapat sambutan yang sangat meriah dari golongan ini yang mana penyertaan mereka didalam aktiviti Sukaneka amatlah menggalakkan.  Jualan Belon dan Peraduan Teka Biji Betik diadakan bagi menambah dana dan hasil dari kedua-dua aktiviti tersebut Rukun Tetangga Puncak Taman Seri Gombak telah dapat mengutip dana sebanyak RM250.00 ringgit.  Diharapkan apa juga program-program yang akan datang diadakan mendapat sambutan bukan saja dari penduduk setempat tetapi juga dari pihak Rukun Tetangga yang berdekatan.  Semoga segala usaha murni bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat Malaysia untuk mencapai gagasan 1MALAYSIA mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat amnya dan kementerian khasnya. 

Pengerusi KRT Puncak
Encik Mohamad Mustafa Latif
bersama Jaafar Onn
1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN





Thursday, January 13, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Peliharalah keamanan negara yang tercinta ini dengan perpaduan.  Hanya dengan perpaduan keamanan dapat diciptakan.  Bersama-sama menuju kearah masyarakat yang bersatu padu demi merealisasikan impian 1 MALAYSIA.  Semoga 1 MALAYSIA dapat mengekalkan perpaduan antara kaum dinegara ini.  Sikap hormat menghormati dan saling faham memahami perlu ada didalam diri setiap rakyat MALAYSIA.  Sebagai rakyat yang cintakan negaranya haruslah bertanggungjawab menjaga perpaduan dan keamanan.
SALAM SEJAHTERA SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA buatmu rakyat MALAYSIA.........