Monday, January 31, 2011

SUKANEKA 1 MALAYSIA

  Ahad 9hb Januari 2011
  8.00 pagi - 2 petang
 Dewan Puncak Taman Seri Gombak Fasa 8,
   Taman Seri Gombak Bt. Caves


Senaman Pagi
 Sebagai aktiviti pembukaan diawal tahun 2011,  Rukun Tetangga Puncak Taman Seri Gombak telah mengadakan SUKANEKA 1 MALAYSIA yang dijayakan dengan penuh meriahnya oleh penduduk setempat  dengan bersama-sama turut menyertai pelbagai aktiviti yang dimulai dengan senaman pagi. Jurulatih daripada Kementerian Belia dan Sukan telah dijemput untuk mengetuai senaman pada pagi itu.
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Pejabat Kesihatan Gombak turut mengambil bahagian didalam program ini dengan mengadakan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma. Pemeriksaan yang disediakan termasuklah Tekanan Darah Tinggi, Kencing Manis dan BML. 
Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
Encik Mangendran Muniandy
bersama Jaafar Onn
Selain daripada penduduk setempat program ini dihadiri juga oleh Pengerusi-Pengerusi Rukun Tetangga yang lain seperti Rukun Tetangga Kg. Tengah Lembah dan Rukun Tetangga Seri Gombak A.  Program yang dirasmikan oleh Encik Magendran Muniandy, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Gombak ini lebih meriah lagi dengan kehadiran artis dan chef terkenal Jaafar Onn. Pada program tersebut kedua-dua tetamu juga berbesar hati menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
Encik Magendran Muniandy,
Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
menyampaikan hadiah kepada peserta OKU
Program yang julung kali melibatkan golongan OKU ini mendapat sambutan yang sangat meriah dari golongan ini yang mana penyertaan mereka didalam aktiviti Sukaneka amatlah menggalakkan.  Jualan Belon dan Peraduan Teka Biji Betik diadakan bagi menambah dana dan hasil dari kedua-dua aktiviti tersebut Rukun Tetangga Puncak Taman Seri Gombak telah dapat mengutip dana sebanyak RM250.00 ringgit.  Diharapkan apa juga program-program yang akan datang diadakan mendapat sambutan bukan saja dari penduduk setempat tetapi juga dari pihak Rukun Tetangga yang berdekatan.  Semoga segala usaha murni bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat Malaysia untuk mencapai gagasan 1MALAYSIA mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat amnya dan kementerian khasnya. 

Pengerusi KRT Puncak
Encik Mohamad Mustafa Latif
bersama Jaafar Onn
1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN





No comments:

Post a Comment