Monday, January 31, 2011

BOWLING JIRAN WANITA KJ8

Wangsa Walk Bowling Centre
Wangsa Maju Kuala Lumpur
16 Januari 2011
9.00 pagi - 2 petang

Jiran Wanita Puncak Taman Seri Gombak telah menyertai Pertandingan Bowling yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Sunway Batu Caves.  Seramai 8 orang pemain wanita telah dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut diantaranya Puan Noraliza Alias, selaku Ketua Pasukan, Puan Rashidah Saud, Puan Rosnah Talib, Puan Mastura Bidin, Puan Rozita Alwi, Puan Zahara Hamid, Puan Hazilah Harun dan Puan Haminiza Ahmad. 
Wakil Bowling Wanita
KRT Puncak

Sebanyak 20 kumpulan telah bertanding pada hari tersebut. Walau tanpa latihan khusus tetapi berkat kerjasama, team work dan semangat kesukanan yang ditunjukan,  Jiran Wanita Puncak telah berjaya merangkul tempat ke 8 didalam kejohanan tersebut.  Kalah tapi berbaloi!!! ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh Jiran Wanita, apa pun kami amat berpuas hati. Mungkin kami akan menang jika ada latihan pada masa akan datang. 

Pengerusi dan Tim. Pengerusi KRT
Encik Mohamad Mustafa Latif dan Encik Zulkifli Saad
turut bersama memberikan sokongan.

Terima kasih juga diucapakan kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT, Encik Mohamad Mustafa Latif dan Encik Zulkifli Saad kerana dapat meluangkan masa bersama-sama memberikan sokongan kepada kami pada hari tersebut.  Inshallah berkat kerjasama dan sokongan tuan kami akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengekalkan perpaduan dan membantu melaksanakan pogram-program KRT. 

Pengerusi dan Tim. Pengerusi
Jiran Wanita Puncak
ERATKANLAH PERPADUAN MELALUI AKTIVITI SUKAN

No comments:

Post a Comment