ALHAMDULILLAH...... SETELAH SEBULAN BERPUASA KINI TIBALAH HARI RAYA. APABILA HARI RAYA PASTINYA 'OPEN HOUSE' TERMETRI DIKEPALA. BUKAN HANYA SABAN MINGGU MALAH SABAN HARI ADA SAHAJA JEMPUTAN TANPA MENGIRA WAKTU BAIK PAGI, TENGAHARI, PETANG MAHU PUN MALAM.....ADUH!!!! KENYANG........ ITULAH KURNIAAN ILAHI AMAT BERSYUKUR DENGAN LIMPAHAN REZEKI BEGITU JUGALAH BERKAT PERPADUAN DIJAGA MAKA TERCIPTALAH KEAMANAN.....
RENTETAN DARI SIKAP YANG SUKA AKAN PERPADUAN DAN KEAMANAN, PADA 25HB NOVEMBER 2011 JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN PUNCAK TAMAN SERI GOMBAK FASA 8, RUKUN TETANGGA PUNCAK TAMAN SERI GOMBAK TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN 'RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2011 PUNCAK'. MERIAH!!! SUNGGUH MERIAH...., RAMAI!!! MEMANG RAMAI...... SAMBUTAN DILUAR DUGAAN TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA TELAH MEMBERKATI KAMI.
ATAS SEMANGAT PERPADUAN RAMAI YANG MEMBAWA MAKANAN SENDIRI PADA MAJLIS TERSEBUT UNTUK DIKONGSI DAN DINIKMATI BERSAMA. ANTARA MAKAN YANG DIHIDANGKAN IALAH SATAY, NASI IMPIT KUAH KACANG, LONTONG, RENDANG, MEE KARI, ROTI JALA, LEMANG, KETUPAT DAN BERBAGAI JENIS KUIH MUIH TAK LUPA JUGA MENU TETAP DAN ISTIMEWA KAMI IAITU 'UBI REBUS' DAN 'SAMBAL TUMIS IKAN BILIS'.
MAJLIS TURUT JUGA DIHADIRI OLEH PEGAWAI PERPADUAN DAERAH GOMBAK, YBHG. TUAN HAJI RAHIM KAMARUDDIN, YBHG. DATO' SAID ANUAR SAID AHMAD, YBHG. DATO' MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMAR DIN, YBHG. DATIN SHARIFAH SALMAH SYED AGIL, YBHG. PUAN ROZAZITA DAUD, PENGERUSI PENGERUSI KRT, JEMAAH MASJID, SURAU DAN PENDUDUK SEKITAR TAMAN SERI GOMBAK. SEMOGA AMALAN MURNI INI AKAN TERUS DILAKSANAKAN DEMI MENGERATKAN LAGI PERPADUAN DAN MEMASTIKAN KEAMANAN TERUS BERKEKALAN.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI.......